Tuesday, November 10, 2009

Donut dan Cicak Goreng

Tadi masa cikliz ronda2 & singgah rumah cik KucingOrenGemok, cikliz bacalah posting terbaru dia ni. Alahai, tetiba dah teringat2 kat donut Epal Besar tu especially yg ada vanilla filling kat dalam dia tu.. namanya Snow something.. apa ntah tapi sedap betol.. napelah cik kucing ni menyeksa batin ku.. ni kalau Danisya nampak ni, laaagi la haruss beli utk dia.. suka sangat dia makan donut si Epal Besar tu.

Apakah kaitan donut Epal Besar dengan tajuk posting cikliz ni????

Sebenarnya tiap kali nampak donut, tiap kali itu jugaklah cikliz teringatkan kesah si cicak goreng... (ergggh, kembang tekak nih!!!).. Cikliz dah berkali2 gak wat donut, guna resepi2 yang difofularkan kat ResipiNet.com. Cikliz sekeluarga mmg suka makan donut ni.. takyah nak susah wat topping segala.. donut tabur gula tu pun dah cukup sedap!!

Alkesahnya di satu malam beberapa bulan yg lepas.. cikliz tengah sebok menggoreng donut resepi "berbayar" lain macam ni (eh boleh plak ada selingan bagi resepi ye... tapi korang takyah bayar, cikliz bagi free jek..)

Donut
Bahan-bahan
  • 1 kg Tepung gandum
  • 100 g Gula pasir
  • 50g Marjerin
  • 50g Shortening
  • 500 ml Air
  • 1 biji Telur
  • 20g Instant yeast (cikliz bedal jek 2 peket = 22g)
  • 20g Bread improver


Cara-cara

  • Kalau ada bread machine, belasah jek masukkan semua bahan.
  • Kalau guna mixer cam cikliz (breadmachine dah rosak, geramnya!), masukkan dulu semua bahan kering + air & telur.
  • Pastu masukkan marjerin & shortening pulak.
  • Agak2 dah cukup haul, terap guna donut cutter.
  • Goreng sampai masak (ataupun goreng kejap je kalau nak frozenkan).
  • Dah angkat, golek2 kan kat gula halus.
  • Nyekek sepuas hati.. (atau sehingga sedar diri bahawa badan tu dah sama kembang cam donut).

Ni gambo donut cikliz kalau nak tengok...



Alah, menjejer dah air liur ni nengok gambo tu..

Ok, meh sambung balik citer si cicak goreng... tengah cikliz syok menggoreng batch yg entah ke berapa ni, tetiba "pelepoopp" ada bende terjatuh dari ceiling rumah terus masuk dalam kuali.. terperanjatlah cikliz bila tengok yg masuk tu cicak!!! Dan-dan tu meremang bulu tengkuk.. gelinya!!! dengan pantas cikliz kuarkan cicak goreng tu dari kuali & buang donut perisa cicak goreng dengan minyaknya.... terus sental kuali tu & basuh dengan 7 bilasan air (agaknya la, main belasah je ni sebab geram tak abis lagi nih).. Pastu rasa cam dah takde mood nak sambung goreng donut2 lain yg tak tercemar tu.. tapi buat jugaklah pasal tak baik membazir lagi..

Begitulah la al-kesahnya... bilalah nak hilang fobia cicak goreng ni.. dah teringin sangat nak makan donut ni oooiiii...

5 comments:

  1. Ok la tu cikliz. Mana tau, lepas makan tu, KRU panggil U belakon ceta, Cicak Girl. he he he.

    ReplyDelete
  2. hehehe cik gerau.. tulah kan, patutnya kene makan gak donut tercemar tu.. kot2 dapat kuasa Cicak Girl, boleh team up ngan si ketot Mikael tu.. huhuhu...

    ReplyDelete
  3. cuba try makan cicak goreng mana nak taw kot kot sedap..

    ReplyDelete
  4. nampak cam crunchy nak nak tang ekor dia.. (erghhhh exim bank ni.. cikliz dah nak muntah nih!!!)

    ReplyDelete
  5. Ala CikLiz ni... gi citer cicak goreng lak! Ini yang buat nak tengok siling je ni bila menggoreng. Silap haribulan, cicak tak jatuh, benda yang digoreng tu rentung! Hahaha

    ReplyDelete