Wednesday, November 17, 2010

Tiga 'Dara' Pingitan

Mabuk gambar agaknya cikliz ni.. tak sudah2 gila glamer lak malam ni..

Kali ni nak tayang gambar2 Tiga 'Dara' Pingitan yang amat2 rapat & penting dalam hidup cikliz.. layan jelah ek..





Gambar2 Raya Lepas

Saje nak kasi meriah sambil cuba melupakan detik2 sukar dalam hidup cikliz hari ni, cikliz nak buat 'pengakuan' berani mati.. heheheheh.. takde apa pun, saje nak tunjuk muka cikliz yg tak berapa nak sellim sejak akhir2 ni.. pesal ntah, makin tua makin bambam.. bukan makan banyak pun.. selalu jugak cikliz skip makan sampai terpaksa tanggung migraine akibat perut masuk angin..



cikliz nak 'showcase' kan gambar2 raya puasa yg lepas2 kat sini yg baru cikliz compile kan.. termasuk lah gambar raya tawon lepas masa cikliz, sally & kak tul (2 org bespren dari sekolah menengah sampai sekarang..) wat sesi 'terjah' kat umah kawan2 sekolah.. layannn...

Cikliz, danisya & adib

Open house kat opis..

Beraya kat umah cikliz

Beraya 'bbq' kat umah Masri

Ni lah tuan rumah, Masri & wife

Ni pulak kat rumah Hani

Masih gila glamer kat umah Hani

Yang ni kat umah Niza Majid

Terjah rumah Aiza lak..

Yang ni, si kembar Zuhaidah & Zuhaiyati wat open house..

Ni rumah pertama sebenarnya, umah Sally

Anugerah Ibu Paling Bengong

Hari ni Hari Raya Aidil Adha.. a very long day untuk cikliz.. Kalau ada lah Anugerah Ibu Paling Bengong & Biol & Bahlul & segala ayat se-erti dengannya tu, cikliz pecaye, cikliz lah pemenangnya tanpa ragu2...

Dalam cikliz masih biol dengan 'ketiadaan' ciklan di hari raya ni (again!), cikliz terpaksa melalui satu peristiwa yg sangat2 mengerikan dalam hidup cikliz.. itupun akibat dari kebodohan dan kebiolan sendiri!! Biar cikliz citer pelan2 ek..

Kete cikliz tengah di-repair oleh fitri (laki ayu, adik bongsu cikliz) lagi. So, cikliz pinjam myvi ayu bawak gi Giant. Cikliz bawak si tomei Adib Zaquan sekali.. nak beli barang2 yg cikliz nak masak utk 'baraan' (kata orang jawa.. maksudnya gi bertakbir dari rumah ke rumah). Baru tahun ni family besar cikliz buat utk mengisi masa (& perut!) sambil mengimarahkan lagi hari raya korban ni.. inipun kitorang buat just among family members.. malam tadi dah buat kat umah mak, so hari ni rumah2 yg terlibat are mine, along, alang, ima, tati & anet (yg telah dipaksa-rela setelah berkali2 mintak tangguh.. hehehhehe).. Lepas setel bayar barang & on the way nak keluar Giant Bandar Puteri tu, cikliz bertembung dengan Ayu + fitri .. lepas tu terus gi kete.. Seperti kebiasaannya, cikliz campak wallet & kunci kete kat driver's seat, simpan2 barang & duduk kan adib kat sebelah driver's seat tu.. cikliz terus tutup pintu adib & head to the driver's side.. belum sempat cikliz sampai utk bukak pintu, cikliz dah macam terdengar bunyi kete di-lock-kan.. dah berdebar jantung cikliz.. true enuff, bila cikliz cuba bukak pintu driver tu, dah berkunci.. Ya Allah, betapa nak gugur jantung cikliz masa tu.. cepat2 cikliz call ayu & fitri datang.. cikliz berharap sangat si fitri mekanik kete cikliz tu akan berjaya membukak pintu tu.. cuba punya cuba punya cuba, w/pun dah gi beli penyangkut baju jenis dawai tu, masih tak berjaya.. myvi ni kebal betul rupanya.. mekanik pun tak berjaya nak bukak!! cikliz & ayu cuba layan adib zaquan & mintak dia cuba picit button hijau kat kunci tu.. tapi lah kan.. dah umurnya pun baru 2 tawon, manalah dia faham apa yg cuba ibu & acu dia suruh buat.. lepas hampir 10 minit rasanya cuba tapi masih tak berjaya, ayu bergegas balik umah (dlm 15-20 minit perjalanan pergi balik) utk amek kunci spare.. punyalah panik sampai lupa ttg kunci spare kat umah! Adib dah mula berpeluh kat dalam kete.. kalau cikliz yg terkurung kat dalam tu, mahu dah meraung awal lagi kot sebab masa tu pukul 12 tengahari!! Ada gak a few passers-by yg tengok2, nak cuba2 tolong.. tapi bila tahu fitri mekanik & kunci spare is on the way, dorang pun pegi jelah.. tapi thanks jugak pada orang2 yg concern & at least Adib berenti merengek bila ada orang lain tengok2 dia sama.. lepas 5 minit ayu pegi, adib dah mula nangis sebab dia dah berpeluh2 abis & baju dia pun dah basah dengan peluh.. tiap kali dia nangis, cikliz sendiri pun ikut nangis sambil cuba pujuk dia.. & berkali2 cikliz mem'bodoh'kan diri sendiri sebab cuai yg amat & buat adib suffer macam tu.. & berkali2 jugak cikliz mohon pada Allah agar adib dipelihara.. Adib dah menangis2 tak henti dalam kete tu.. & cikliz rasa teramat2 helpless kat luar kete tengok adib camtu.. dari driver's seat, dia pegi kat seat sebelah, pastu gi kat belakang pulak sambil suruh ibu dia yg tolol ni bukakkan pintu.. Sayang, i'm soo sorry.. apa daya ibu, yang..

Akhirnya, saat yg cikliz nanti2kan tiba jua.. ayu sampai setelah 'merempit' kat jalan (syukur, ayu jugak Allah pelihara sepanjang perjalanan.. w/pun mungkin ramai yg menyumpah ayu sebab bawak kete macam pelesit & sebok hon2 kete dorang..). Terbukak je pintu, cikliz terus dokong adib bawak masuk kete cikliz yg ayu bawak & halakan air-cond kat dia & bukak baju dia.. while ayu pegi masuk giant beli air utk adib.. habis jugak lah 2 botol Vitagen adib minum.. kesiannya dia... Syukur alhamdulillah, adib selamat w/pun terpaksa melalui detik2 yg cikliz pasti teramatlah sukar utk budak berumur 2 tawon cam dia..

Sesalnya cikliz sampai sekarang 'masih aku terasa'.. & tiap kali bercerita ttg ni, cikliz pasti nangis.. tak sanggupnya cikliz tengok derita adib terperangkap dalam kete tu.. Tak lama lepas tu, Adib dah mungkin lupa 'trauma' yg dialaminya & main tak hengat dunia.. tapi cikliz masih lagi tak hilang 'trauma' tu yg memberi satu pengajaran utk cikliz.. & cikliz berdoa moga2 takkan ada anak2 kecil macam adib yg terpaksa melalui trauma macam tu disebabkan kebodohan orang2 besar cam cikliz nih!!

Thursday, November 4, 2010

Kembali Mengganazzz

I'm back... yahooooo... rindue yang amat nak merapu kat sini.. Setelah penat mengompol bulu-bulu idung utk dijual, akhirnya cikliz berjaya jugak pasang tenet kat umah & beli pc yg cikliz janji kat danisya masa dia dapat 5A utk upsr tahun lepas.. hahahah, punyalah lama baru tunaikan janji.. takpelah, janji ada kan.. tawon ni mmg tawon yg cukup miskin utk cikliz.. Insyallah, next year, cikliz 'hampir' bebas dari segala hire purchase yg ada.. yahooo, mokcik kayo....

Sebenarnya pun, cikliz teramat2 lah sebok dgn kukis, jadi mmg tak sompek punyalah nak menggedik2 kat sini.. Ni baru dapat bernafas dengan tenang sebab kukis utk deepavali dah setel. Tutup 'kedai' jap, kasi can cikliz menikmati kehidupan dengan aman damai..

Banyaknya nak membebel kat sini tapi cek sabaq.. satu2 no.. last Saturday celebrate birthday si tomei Adib.. nanti cikliz buat posting khas utk itu ek.. nak tunggu gambo2 yg disnap oleh anak buah cikliz.. almaklumlah, camera dah kong.. nak kene tunggu bulu idung tumbuh panjang dulu baru leh jual.. ekekkekekekek...

Alahai, entah kat mana entah gambo2 baru yg belum masuk sini..

Thursday, January 7, 2010

Oatmeal Cookies
















Last Wednesday boss cikliz entah mimpi apa entah dah bagi cikliz cuti on Thursday 31st tu. Kene tulis kat sini pasal selama keje ngan dia lebih 10 tawon, ni lah kali pertama yg dia dengan gumbiranya bagi cikliz cuti padahal cikliz nak amek time off jek... Boss cikliz ni tak boleh hidup kalau cikliz takde kat opis.. susah tol!!
So, memandangkan ada 4 hari cuti tak pegi mana, cikliz pun terover rajin (& kene paksa pun!!) mengukis & meroti.. roti siap pkl 12 malam, so tak kuasa sungguh nak snap2... (tapi sekarang nyesal pulak!).. Utk kukis lak, cikliz menerai resepi ni yg cikliz dah adjust sesuka hati.. cikliz 'melayu'kan bahasa dia eh..
Grandma's Oatmeal Cookies (http://simplyrecipes.com)
Bahan2
  • 1 cawan shortening (cikliz guna Planta)
  • 1 cawan gula perang (cikliz letak 3/4 cawan)
  • 1 cawan gula halus (cikliz letak 1/2 cawan)
  • 2 biji telur
  • 1 ct esen vanila
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 ct garam
  • 1 ct soda bikarbonat
  • 1 cb serbuk kayu manis (cikliz omit!)
  • 3 cawan rolled oats (cikliz bakar kejap)
  • 3/4 cawan nuts (cikliz bubuh almond nib)
  • 1 cawan raisin (cikliz omit!)
  • 1 cawan coklat chip (takde kat resepi asal, cikliz add)

Cara2 (cikliz punya style)

Pukul mentega & gula (takyah la sampai kembang setaman cam kek). Masukkan telur satu persatu & esen vanila. Pastu masukkan tepung yg dah diayak dgn garam & soda. Lastly masukkan oat, almond & choc chip. Pastu sudukan kat dulang pembakar. Cikliz buat size gedabak (cepat sket siap), so cikliz sudukan lebih 1 sudu besar tu.. tapi kene ratakan sket (make sure masa ratakan tu korang jgn padat2 kan dia, kang jadik keras. Gently spread kan dia). Untuk kukis ni, dia tak berapa nak meleperkan diri, so dia akan jadik memboncit & lambat masak. Cikliz nak kukis yg crunchy inside out, so cikliz guna 140C for 30 minit (half time, rotate tray). Kalau cikliz guna suhu lebih dari 150, dia cepat brown.. Kene tengok gak oven masing2 ye..

Komen: w/pun dah kurangkan banyak gula, tapi masih lagi manis utk cikliz.. kene kurangkan lagi.. tapi overall oklah.. cikliz bagi 4 bintang jek..

Sunday, January 3, 2010

"Atuk" - Kenangan Yang Terindah






"Atuk" dah takde... Danisya kata atuk mati pukul 10.45am tadi.. adik ada masa dia nazak.. menjerit2 sakit.. (ye, cikliz dah bape kali tengok kucing ditarik nyawa.. sungguh menginsafkan.. sedangkan kucing pun begitu, apatah lagi kita manusia..)..
Atuk sakit tua.. dah sebulan lebih dia tak berapa lalu makan.. badan makin kurus.. cikliz tahu masa dia dah nak tiba.. malah sehari dua ni cikliz dah redha kalau dia 'pergi' sebab cikliz lagi tak sanggup tengok dia makin tak bermaya.. ada certain days, dia merayu2 minta cikliz lepaskan dia keluar dari kandang tapi cikliz takut dia terus pergi tak balik2.. sekurang2nya, kalau dia mati dalam kandang, cikliz ada utk tanam dia.. (arghhh, airmata, berenti lah mengalir!!). Sekali je cikliz bagi dia keluar.. itupun untuk a few hours..
Atuk memang kucing paling baik dalam dunia.. cikliz dapat dia pun waktu umur dia hampir 5 tahun.. dia hidup dengan cikliz for another 5 years.. kiranya atuk dah 10 tahun dah.. mmg dah tua.. tapi atuk tak penah bising dalam kandang.. diam je.. kalau dengar suara pun waktu gelfren atuk terlepas kandang.. & atuk hanya manja dengan cikliz je.. dengan orang lain, dia sombong!
Atuk, ibu sayang atuk.. ibu takkan lupakan atuk.. tunggu ibu kat sana ye.. kalau ibu susah kat sana nanti, atuk tolong ibu ye...
arrghhh airmata, cukup2lah tu.. atuk pasti dah bahagia...