Monday, December 28, 2009

Family Day - Penutup

Sebenarnya ada banyak lagi gambar2 ambik hadiah ni, tapi cikliz amek a few jek tampal kat sini.. Yang tak bernasib baik muka tak kuar kat sini, sorry ye.. jangan kecewa..

Terutamanya kat adik bongsu cikliz, Ayu, yg tak berjaya mendapat hadiah pertama lucky draw (comforter set).. dengan sukacitanya cikliz mengumumkan bahawa cikliz yg berjaya menggondol hadiah pertama itu.. hahahhahaha (dah menang, kene la ketawa besar sket..).

Sebelum mengakhiri acara, paklang sempat berucap sikit - ucap mekasih sebab Family Day utk keluarga besar Mohari-Milah ni berjaya juga direalisasikan w/pun dibuat secara mengejut.. Tujuan utamanya adalah untuk mengembirakan hati abah & mak dan sekaligus merapatkan silaturrahim sesama adik beradik (& sekaligus jugak menegangkan otot2 yg kendur sebab sampai sekarang badan masih sakit taw!!)

Cuma tak tersebut masa tu yg cikliz nak sebut masa ni (mewakili semua lah), nak ucapkan jutaan terima kasih yg tak terhingga pada paklang, maklang & family sebab mencadangkan satu event yg cukup bermakna & penuh dengan gelak ketawa.. & bertungkus lumus sepanjang hari utk pastikan semuanya berjalan lancar.. mekasih pada mc/petugas2 yg ke hulu ke hilir tak sudah2 - Abg Long, Abg Ngah & Kak Ngah. Mekasih pada peminjam set audio.. Mekasih pada pembuat banner.. Mekasih pada Along yg masak/sponsor mee goreng.. Mekasih pada pen-sponsor2 makanan yg lain, dan... mekasih sangat sangat sangat pada maklang yg berhabis duit mensponsor hadiah telematch, hadiah lucky draw, barbeque dan lain2 food. May Allah s.w.t bless you for your good deeds..

Insyallah, kalau ada rezeki, tahun depan kita buat lagi ek..









Family Day - Snap snap..















Family Day - Telematch

Kutip Gula-gula Terbanyak (Pemenang: Adik@Peya)
Treasure Hunt Berpasangan (Pemenang: Darling & Mamat)

Tarik Tali - teenager (Pemenang: Diya, Angah, Izek, Aiman, Haziq, Jepun)



Lari Dalam Guni (Pemenang: ya ampun, lupa. Nnt check)

Tiup Belon Sampai Pecah (Pemenang: Babah Megat)

Bawa Bola Dalam Sudu Sambil Jalan Itik (Pemenang: Team Babah Megat)
Masukkan Benang Dlm Jarum (Pemenang: Am & Farah)


Cari Gula-gula Dalam Tepung (Pemenang: pun tak hingat!)


Family Terpanjang (Pemenang: Babah Zam & Family)

MohariMilah 1st Family Day

MohariMilah 1'st Family Day
25 Dec 2009 (Jumaat)
Lokasi: Perkarangan rumah Mohari-Milah, Lot ***, Kg Sri Aman.

Agenda:

6.30am - Solat Subuh Berjemaah

7.15am - Senamrobik dengan Acik Yong (cikliz la tu..)

7.45am - Sarapan pagi (nasi lemak & mee goreng)

8.30am - Telematch

11.00am - Rehat (lelaki - siap2 utk solat Jumaat, pompuan - gi masak.. cikliz - gi tidokan Adib & boleh tompang tido sekali.. ekekekek)

2.00pm - Makan tengahari (nasi, kari ayam, telur dadar, sambal tauhu, sayur kentang+kobis)

3.00pm - Telematch lagi..

6.15pm - Rehat (mandi & siap2 utk solat maghrib)

7.15pm - Solat Maghrib Berjemaah

8.00pm - Barbeque (Ikan keli, ikan cencaru, udang, sausage & chicken balls)

9.00pm - "Mummy Returns"..

9.45pm - Penyampaian Hadiah & Lucky Draw

11.00pm - Bersurai (boleh sambung makan...)




Banner dah siap? Cek!



Bendera & balloons dah pasang? Cek!

"Pondok buruk" pun takmo ketinggalan!


Sound system ok? Cek!


Hadiah dah susun? Cek!



Anak-anak dah get ready ke? Cek! (sempat posing lagi!)

Makanan dah siap? Cek! (makanan lain tak sempat posing la)

Ok, jom kita mulakan....

Tuesday, December 22, 2009

Drama Minggu Ini: Ibu Mertua Kau

Babak 1
Lokasi: Rumah beralamat Lot ***, Kg Sri Aman, Jalan Jurutera, Batu 13, Puchong
Background: Riuh rendah - birthday party


Screen 1, Take 1....
Camera Ready....
Action...


Budak Lelaki Itu: (Dalam nada takut2 berani). Makcik, errr tandas kat mana?

Makcik Ini: Kat tepi tu je....




Babak 2
Lokasi: Sama gak
Background: Pun sama


Screen 2, Take 1...
Camera Ready...
Action...


Budak Lelaki Itu: (Muka masih cuak lagi tapi dok control macho). Makcik.. makcik ni mak danisya ye?

Makcik Ini: Ha'a. Nape?

Budak Lelaki Itu: (Sambil keluarkan 'something' dari poket) Makcik boleh tak tolong bagi surat ni kat danisya?

Makcik Ini: (Sambil tersenyum2..) Ok..




Amboi, amboi, amboi... budak zaman ni kemain daring lagi ye.. berani ko buat 'calon mak mertua' ko jadik posmen ye... tak takot langsung... agaknya pasal 'calon mak mertua' ni nampak 'baik' sangat ke... musykil, musykil...


Rupa2nya ada sambungan Babak 3 kat luar rumah a few hours lepas tu.. Babak antara Budak Lelaki Itu dengan danisya... Budak Lelaki Itu bagi bunga ros (plastik) kat danisya.. hish hish hish.. ada peminat jugak rupanya anak dara ku itu..


Cikliz tanya kat danisya apa yg Budak Lelaki Itu tulis kat surat.. Danisya kata mana boleh bagitau.. nasib baik jugak ada geng danisya yg 'kak nam' tu bagitau cikliz - dia tulis I Love You..

Hadoi, danisya tu baru jek akil baligh 2 -3 bulan lepas.. entah2 Budak Lelaki Itu belum pun akil baligh lagi.. tapi tulah budak zaman sekarang ni advance betul.. takut cikliz!!


Nak tahu yg mana satu Budak Lelaki Itu? Ni ha...





Apa?!!! ahlil musik?!! phanthang keturunan aku bla bla bla....