Wednesday, November 17, 2010

Anugerah Ibu Paling Bengong

Hari ni Hari Raya Aidil Adha.. a very long day untuk cikliz.. Kalau ada lah Anugerah Ibu Paling Bengong & Biol & Bahlul & segala ayat se-erti dengannya tu, cikliz pecaye, cikliz lah pemenangnya tanpa ragu2...

Dalam cikliz masih biol dengan 'ketiadaan' ciklan di hari raya ni (again!), cikliz terpaksa melalui satu peristiwa yg sangat2 mengerikan dalam hidup cikliz.. itupun akibat dari kebodohan dan kebiolan sendiri!! Biar cikliz citer pelan2 ek..

Kete cikliz tengah di-repair oleh fitri (laki ayu, adik bongsu cikliz) lagi. So, cikliz pinjam myvi ayu bawak gi Giant. Cikliz bawak si tomei Adib Zaquan sekali.. nak beli barang2 yg cikliz nak masak utk 'baraan' (kata orang jawa.. maksudnya gi bertakbir dari rumah ke rumah). Baru tahun ni family besar cikliz buat utk mengisi masa (& perut!) sambil mengimarahkan lagi hari raya korban ni.. inipun kitorang buat just among family members.. malam tadi dah buat kat umah mak, so hari ni rumah2 yg terlibat are mine, along, alang, ima, tati & anet (yg telah dipaksa-rela setelah berkali2 mintak tangguh.. hehehhehe).. Lepas setel bayar barang & on the way nak keluar Giant Bandar Puteri tu, cikliz bertembung dengan Ayu + fitri .. lepas tu terus gi kete.. Seperti kebiasaannya, cikliz campak wallet & kunci kete kat driver's seat, simpan2 barang & duduk kan adib kat sebelah driver's seat tu.. cikliz terus tutup pintu adib & head to the driver's side.. belum sempat cikliz sampai utk bukak pintu, cikliz dah macam terdengar bunyi kete di-lock-kan.. dah berdebar jantung cikliz.. true enuff, bila cikliz cuba bukak pintu driver tu, dah berkunci.. Ya Allah, betapa nak gugur jantung cikliz masa tu.. cepat2 cikliz call ayu & fitri datang.. cikliz berharap sangat si fitri mekanik kete cikliz tu akan berjaya membukak pintu tu.. cuba punya cuba punya cuba, w/pun dah gi beli penyangkut baju jenis dawai tu, masih tak berjaya.. myvi ni kebal betul rupanya.. mekanik pun tak berjaya nak bukak!! cikliz & ayu cuba layan adib zaquan & mintak dia cuba picit button hijau kat kunci tu.. tapi lah kan.. dah umurnya pun baru 2 tawon, manalah dia faham apa yg cuba ibu & acu dia suruh buat.. lepas hampir 10 minit rasanya cuba tapi masih tak berjaya, ayu bergegas balik umah (dlm 15-20 minit perjalanan pergi balik) utk amek kunci spare.. punyalah panik sampai lupa ttg kunci spare kat umah! Adib dah mula berpeluh kat dalam kete.. kalau cikliz yg terkurung kat dalam tu, mahu dah meraung awal lagi kot sebab masa tu pukul 12 tengahari!! Ada gak a few passers-by yg tengok2, nak cuba2 tolong.. tapi bila tahu fitri mekanik & kunci spare is on the way, dorang pun pegi jelah.. tapi thanks jugak pada orang2 yg concern & at least Adib berenti merengek bila ada orang lain tengok2 dia sama.. lepas 5 minit ayu pegi, adib dah mula nangis sebab dia dah berpeluh2 abis & baju dia pun dah basah dengan peluh.. tiap kali dia nangis, cikliz sendiri pun ikut nangis sambil cuba pujuk dia.. & berkali2 cikliz mem'bodoh'kan diri sendiri sebab cuai yg amat & buat adib suffer macam tu.. & berkali2 jugak cikliz mohon pada Allah agar adib dipelihara.. Adib dah menangis2 tak henti dalam kete tu.. & cikliz rasa teramat2 helpless kat luar kete tengok adib camtu.. dari driver's seat, dia pegi kat seat sebelah, pastu gi kat belakang pulak sambil suruh ibu dia yg tolol ni bukakkan pintu.. Sayang, i'm soo sorry.. apa daya ibu, yang..

Akhirnya, saat yg cikliz nanti2kan tiba jua.. ayu sampai setelah 'merempit' kat jalan (syukur, ayu jugak Allah pelihara sepanjang perjalanan.. w/pun mungkin ramai yg menyumpah ayu sebab bawak kete macam pelesit & sebok hon2 kete dorang..). Terbukak je pintu, cikliz terus dokong adib bawak masuk kete cikliz yg ayu bawak & halakan air-cond kat dia & bukak baju dia.. while ayu pegi masuk giant beli air utk adib.. habis jugak lah 2 botol Vitagen adib minum.. kesiannya dia... Syukur alhamdulillah, adib selamat w/pun terpaksa melalui detik2 yg cikliz pasti teramatlah sukar utk budak berumur 2 tawon cam dia..

Sesalnya cikliz sampai sekarang 'masih aku terasa'.. & tiap kali bercerita ttg ni, cikliz pasti nangis.. tak sanggupnya cikliz tengok derita adib terperangkap dalam kete tu.. Tak lama lepas tu, Adib dah mungkin lupa 'trauma' yg dialaminya & main tak hengat dunia.. tapi cikliz masih lagi tak hilang 'trauma' tu yg memberi satu pengajaran utk cikliz.. & cikliz berdoa moga2 takkan ada anak2 kecil macam adib yg terpaksa melalui trauma macam tu disebabkan kebodohan orang2 besar cam cikliz nih!!

1 comment:

  1. well, u sendiri pun dah ngaku of yr kebodohan u... am not going to say more abt it... but plssss... nx time be more xtra careful... hati2 ni bukan setakat di jln raya saja... tp wlu di mana kita berada... hope u really learned fr the lesson... wah!! cam gud2 jek aku ni... ngehhhh!!

    - sally -

    ReplyDelete